DASB telah diaktifkan pada 24hb. Ogos 2008 sebagai anak syarikat milik penuh Bina Darulaman(BDB). Aktiviti utama syarikat di waktu itu adalah dalam bidang pengurusan hartanah yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan menyelenggara hartanah milik syarikat BDB dan anak-anak syarikat BDB.
Walau bagaimanapun, syarikat DASB telah dipindahmilik kepada PKNK dengan status milikan penuh pada 1 Januari 2010 bersama modal berbayar sebanyak RM250,000.00 dan dipertingkatkan kepada RM1,500,000.00 pada Mei 2023 atas tujuan bagi memperkasakan keupayaan syarikat untuk berkembang dengan lebih luas dalam bidang sedia ada serta penerokaan dalam bidang baru. Tumpuan utama diberikan kepada bidang pengurusan fasiliti milik PKNK dan anak-anak syarikat PKNK dan bidang baru yang seiring dengan kehendak industri.
RM1,500,000.00
Modal Berbayar
28 Januari 1995
DASB Ditubuhkan