PENGURUSAN & PENGENDALIAN PARKIR

Pengurusan dan pengendalian parkir merupakan salah satu skop yang terlibat dalam pengurusan senggaraan fasiliti bangunan yang mana pemilik bangunan akan melantik kontraktor/pengendali parkir untuk mengurus kawasan parkir berdasarkan kepada syarat-syarat dan terma-terma yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Dengan mempunyai sistem pengurusan parkir yang teratur ianya secara langsung dapat meningkatkan imej bangunan tersebut yang seterusnya mewujudkan rasa yakin terhadap pemilik kenderaan untuk melawat atau mengunjung bangunan tersebut.

Pengurusan & Operasi Tempat Letak Kereta merangkumi sistem atau perkhidmatan seperti berikut:-

  1. Sistem Tempat Letak Kereta Berkupon.
  2. Sistem Tempat Letak Kereta Pra-bayar.
  3. Sistem Tempat Letak Kereta ‘Semi-Auto Pay c/w exit payment station’.
  4. Sistem Tempat Letak Kereta ‘Fully Auto’.

Di antara projek pengurusan parkir yang sedang/ telah diuruskan oleh DASB:-

  1. Tapak Parkir Kedah Medical Centre, Alor Setar.
  2. Tapak Parkir Bangunan Dataran Usahawan Alor Setar (Ukir Mall).